“Janganlah kamu
takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu
menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam
cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan
memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan
keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana
sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha
memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal
kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki.” ~
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya ‘Wasiat & Nasihat Kerohanian’
0 comments:
Post a Comment